0

Kuala Lumpur: Indah di mata, dekat di hati !!

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur terletak di ketinggian 515 meter dari aras laut. Tegak berdiri di ketinggian 421 meter, monumen ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas kerana terletak di puncak bukit setinggi 94 meter dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar.

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553 meter, Menara Ostankino di Rusia setinggi 537 meter, Menara Shanghai di China dengan 468 meter tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435 meter di Iran.

Menara ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada tahun 1996.Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat rekreasi



Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, pernah menjadi struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur. Ketinggiannya telah dipintas oleh Menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003.

Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Menara Berkembar Petronas dibina di atas tapak seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996. Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88 tingkat ini merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat.

Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas ialah RM270 juta. Menara Berkembar Petronas mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter.





0 comments:

Post a Comment

Back to Top