Betapa agung Allah yang maha penyayang
menjadikan kita sebahagian daripada limpahan
kasih sayangnya. Kita dilahirkan menjadi seorang
islam walaupun tanpa diminta. Ini adalah
bukti kasih sayang Allah. Tiada sikap yang begitu
baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur
kepada Allah atas limpahan kurnianya
dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur
atas beberapa perkara asas.
Pertama, bersyukur kerana Allah mencipta kita
sebagai manusia. Makhluk yang begitu sempurna.
Sebagai manusia kita memiliki berbagaibagai
kelebihan dan keutamaan apabila dibandingkan
dengan makhluk lain. Manusia adalah
makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan
lebih daripada makhluk lain.
Kedua, kita patut bersyukur atas pemberian
anugerah terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat
iman dan islam. Faktanya, tidak semua manusia
lahir sebagai umat islam. Tidak semua manusia
beriman. Ini bererti keimanan dan keislaman
adalah anugerah yang sebaik-baiknya kita syukuri.
Keislaman dan keimanan menjadi modal
demi mencapai kehidupan yang lebih baik di
dunia dan akhirat. Apabila kita mensia-siakan
anugerah itu, kita mengalami kerugian yang
begitu besar.
0 comments:
Post a Comment